Sejak kebelakangan ini, isu mengenai orang ketiga atau penyondol terus menjadi topik sangat
hangat perbualan orang ramai. Terbaharu, kisah seorang TikTokers yang didakwa berlaku curang dengan pekerja sendiri turut kecoh di laman sosial.
Artikel berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?
Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Susulan itu, pengarah dan penerbit, Michael Ang terpanggil untuk mengulas mengenai isu tersebut.
Menurut Michael, dia kebiasaannya menggambarkan watak penyondol dalam naskhahnya seorang wanita yang rambutnya berwarna dan berpakaian seksi.
Namun, selepas melihat penampilan kebanyakkan penyondol memakai tudung ketika ini, dia berniat untuk menukar persepsi asal watak tersebut.
Lepas sahur tengok TiKTok! Kes penyondol lagi dan tiba-tiba terfikir kalau dulu buat cerita watak penyondol selalu perempuan tu…