Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lincah! Siti Nurhaliza Tunjuk Skill Main Futsal, Siap Jaringkan Gol!

today23 June 2024

Background

Bukan setakat mampu memukau peminat di atas pentas, rupanya penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berbakat dalam aktiviti sukan.

Terbaru, Siti tampil memuat naik video yang memaparkan dia meluangkan masa bersama pekerja-pekerjanya bermain futsal.

Lebih menarik, penyanyi nombor satu negara ini siap menunjukkan skill menggelecek bola semasa menentang pihak lawan.

Tidak cukup dengan itu, Siti turut berjaya menjaringkan gol penalti.

“Ini moment saya lah! Dah lama tak main tiba-tiba staff pilih nak main Futsal, kita layankan saja.
“Staff saya yang Perempuan hebat-hebat juga ye. Seronok dapat tingkatkan semangat berpasukan.. Good job CTDK team,” tulis Siti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji kebolehan Siti dalam bersukan.

Written by: Salma