Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lisa Surihani Mengaku Penghijrahan Berdepan Banyak Cabaran – “Saya Belajar Nak Jadi Baik”

today17 November 2022

Background

Pelakon cantik, Datin Lisa Surihani yang kini tampil dengan penampilan lebih sopan mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @pendosahijrahhh di laman TikTok, Lisa memberitahu perubahannya itu tidak bermaksud untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik malah dia mengharapkan keredaan daripada-Nya untuk tidak mudah alpa.

“Saya tak baik, saya belajar nak jadi baik.

“Saya tak nak cakap yang saya memakai macam ni ke, saya buat ini, saya buat itu sebab saya nak tunjuk baik, bukan. Saya mengharapkan dan mendoakan sangat keredhaan dia,” ucapnya.

Tambah Lisa lagi, bukan mudah untuk melakukan kebaikan pasti akan ada dugaan yang akan datang.

“So easy sebenarnya untuk kita alpa, lupa, riyak, ujub dan takbur. Lagi-lagi bila kita nak cuba jadi baik, benda tu pun boleh menyebabkan perkara yang jadi dugaan untuk kita semua,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet gembira melihat perubahan yang dilakukan oleh Lisa dan mendoakan agar dia kekal istiqamah di jalan yang benar.

“Betul sangat apa yang Lisa cakap, sama juga bila kita beribadah. Kita bukan orang baik tapi kita cuba untuk baiki diri,” tulis seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 87,000 tontonan dan lebih 10,000 tanda suka.

Written by: Aqilah


Previous post