Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Sebak Dengar Ustaz Abdul Somad Beri Pesanan Untuk Mereka Yang ‘Kehilangan’

today17 November 2022

Background

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS), tular di media sosial kerana mengulas berkenaan kehilangan seseorang di dalam kehidupan.

Menerusi video berdurasi 24 saat yang dikongsikan oleh @specialbear_ di laman TikTok, memaparkan Ustaz Somad memberitahu tiada istilah sembuh bagi orang yang telah kehilangan seseorang dalam hidupnya.

“Kehilangan itu kata orang, nanti dengan berjalannya waktu akan sembuh.

“Itu bagi orang yang tidak merasa kehilangan, dia hanya membaca teori tentang kehilangan.

“Sebenarnya, sembuh itu tidak akan pernah ada bagi orang kehilangan. Tetapi Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lain.” ucapnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Ustaz Somad dan ada juga yang meluahkan rasa sedih mereka kerana kehilangan insan yang pernah disayangi.

“Benda tu yang aku tunggu tapi tak mengapa Allah tahu apa yang baik untuk kita, so kita just sabar dan tunggu.” tulis seorang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 666,000 tontonan dan lebih 104,000 tanda suka.

 

Written by: Aqilah


Previous post