Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Liverpool secara rasminya telah memohon agar aksi separuh akhir Piala Carabao menentang Arsenal di Emirates ditunda kerana penularan covid di kem Liverpool.
Rundingan di antara Liverpool dengan pihak EFL berlangsung semalam. Di mana beberapa lagi pemain Liverpool disyaki dijangkiti covid-19.
Staf kejurulatihan Liverpool terpaksa membatalkan latihan pertengahan minggu selepas berlaku satu lagi gelombang serangan covid di Liverpool. Ianya adalah gelombang ketiga melanda Liverpool.
Pusat Latihan Kirkby melakukan saringan kesihatan seperti biasa. Dan mendapati beberapa pemain lagi disyaki covid.
Liverpool memohon penundaan aksi kerana tidak mempunyai skuad yang cukup untuk beraksi menentang Arsenal.
Sebelum ini 9 pemain Liverpool disisihkan daripada tugasa menentang Chelsea kerana isolasi covid, kecederaan dan penggantungan. Klopp sendiri tidak dapat hadir ke Stamford Bridge kerana…