PETALING JAYA: Loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih ditutup 7 malam tadi susulan insiden pencemaran bau.
Dalam kenyataan di Facebook, Air Selangor menjelaskan ia susulan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Bagaimanapun, kawasan terjejas susulan penutupan LRA Sungai Semenyih itu hanya akan diumumkan kelak.
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.
“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.
Air Selangor berkata, pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Awal bulan ini, LRA Sungai Semenyih dan Bukit…