Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lucu! Raja Permaisuri Agong Tukar Nama Puteri Bongsunya Kepada Mek Jihan Gara-Gara..

today25 October 2019

Background

β€œTolong janganlah marah sangat. Bukan salah mereka. Dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang.”

Begitulah ciapan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter rasmi miliknya yang meminta orang ramai supaya berhenti memarahi sebuah restoran makanan segera baru-baru ini ekoran kesilapan pesanan makanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1187347666318983169

Ciapan berkenaan telah mencuit hati pengikutnya sekaligus mengundang pelbagai reaksi postif selain ramai yang terhibur.

Sementara itu, Tunku Azizah dalam tweet susulannya berkata; nanti saya buka kedai dan jual burger McJihan!

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1187404175988051973

Menjengah ke laman Twitter milik puteri bongsunya pula, Tengku Jihan sudah pun memuat naik sekeping gambar atau logo yang turut menjadi tular di laman berkenaan.

Tunku Azizah malah memuat naik gambar burger β€œMcJihan” hasil air tangan baginda.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1187394913932959746

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *