Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

‘Macam High School Musical Versi Malaysia’ – Video Muzik Raya Sekolah Ini Raih Perhatian Netizen

today9 May 2022

Background

Baru-baru ini tular sebuah video muzik raya oleh pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP). Menerusi video muzik tersebut, selain lirik yang digubah sendiri, budaya tarian Melayu juga turut diketengahkan dalam video muzik.

Malah, alunan muziknya yang ‘catchy’ berjaya mencuri perhatian ramai dan liriknya juga mengandungi nasihat untuk mereka yang menyambut Aidilfitri ketika ini.

Difahamkan, penghasilan video ini adalah salah satu cara mempromosikan SSeMP agar lebih ramai orang mengenali sekolah tersebut. Video ini adalah hasil kolaborasi antara pelajar dan guru SSeMP serta menampilkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam video muzik tersebut.

Perkongsian video tersebut telah tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji kesemua warga sekolah yang sempoi menyanyi, menari dan berlakon untuk menghasilkan video itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga baru tahu kewujudan sekolah seni ini dan mengatakan lagu yang dihasilkan cukup kreatif. Malah, para netizen turut berharap mereka akan terus berkarya dan berjaya di masa depan kelak.

Written by: Mimieyuzi


Previous post