Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Mahu Berada di Pentas Yang Sama Dengan Khai Bahar? Ini Caranya

today5 February 2020

Background

Kejayaan demi kejayaan yang diraih penyanyi popular Khai Bahar kini telah melayakkan dirinya untuk mengadakan sebuah konsert sulungnya di Istana Budaya Mac ini.

Konsert yang dinamakan sebagai Konsert Khai Bahar Dari Smule ke Pentas Dunia itu juga akan berlangsung selama dua hari berturut-turut.

Mengetahui bahawa dirinya mempunyai peminat setia yang ramai selain mahu memberi penghargaan buat mereka, Khai menerusi laman Instagram miliknya membuat pengumuman istimewa.

Khai mencari peminat bertuah untuk bergandingan bersamanya di pentas nanti. Ini caranya:

https://www.instagram.com/p/B8IeESghLYo/

1) Rakam video pendek berdurasi 15 saat dengan slogan “SAYA SAYANG KHAI BAHAR KERANA…”
2) Muat naik di Instagram dan tag @konsertkhaibahar serta letakkan #konsertkhaibahar
3) Jangan privatekan akaun anda.
4) Tarikh tutup penyertaan pada 20 Mac 2020.
5) Video paling kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang.
6) Setiap malam persembahan akan ada SEORANG PEMENANG.
7) Keputusan adalah muktamad.

Khai turut mengingatkan peminat lain agar terus mendapatkan tiket yang sudah mula dijual di www.airasiaredtix.com.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *