
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) perlu menunjukkan kemampuan menguruskan ekonomi dan membangunkan empat negeri yang ditadbir mereka untuk dijadikan contoh bahawa gabungan itu layak mentadbir Putrajaya termasuk menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat.
Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ketika ini empat negeri yang ditadbir pembangkang atau dikenali sebagai SG4 (State-Government 4) itu tidak menunjukkan sebarang perubahan signifikan dari segi ekonomi dan pembangunan.
“PN gagal menguruskan ekonomi di negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk dijadikan model jika sekali lagi mahu mentadbir Putrajaya.
“SG4 Group Sdn Bhd yang kononnya akan membawa kemajuan ekonomi kepada empat negeri pembangkang terbukti tidak praktikal dan tidak memberi kesan…