

Di sebalik kontroversi kontrak tidak disambung, Sarjit Singh berterus-terang mengenai isu lebih besar.
Malaysia tumpas bukan disebabkan seorang jurulatih. Speedy Tigers kalah kerana mereka belum bersedia.
“Kita perlukan lebih ramai pemain,” kata Sarjit, yang baru-baru khidmatnya tidak disambung sebagai ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan.
“Bukan sekadar panggilan jangka pendek, tetapi satu sistem yang menghasilkan kualiti secukupnya untuk bersaing di peringkat tertinggi.
“Kita perlu dua pasukan.”
Bukan sekadar 26 atau 30 pemain yang bergilir beraksi, bahkan barisan kedua tulen yang mampu mencabar barisan utama.
“Ketika ini kita tidak ada,” katanya. “Tiada barisan pelapis.”
Katanya, kekurangan kedalaman skuad itu menjejaskan segala-galanya: intensiti,…