Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia, Brazil sepakat lindung kepentingan negara membangun

today10 February 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan presiden Brazil semalam.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brazil sepakat untuk menjalin kerjasama rapat bagi mempromosi serta melindungi kepentingan negara membangun khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dicapai selepas beliau berinteraksi dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva melalui perbualan telefon semalam.

Mereka juga sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil khususnya dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains serta inovasi.

“Saya turut mengambil peluang ini dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin,” menurutnya di Facebook.

Anwar turut menerima undangan daripada Lula untuk mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November.

Perdana menteri berharap hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post