
NEW DELHI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyasarkan untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi menerusi penyertaan dalam platform antara kerajaan seperti BRICS selain meningkatkan kerjasama melalui inisiatif bersama dan perkongsian strategik.
Malaysia mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS, blok kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun ditubuhkan pada 2009 dan merangkumi Brazil, Rusia, India serta China dan disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010.
Pada Januari 2024, negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu.
“Peranan India yang berbeza serta berpengaruh dalam BRICS adalah penting ketika kita menyedari bahawa hubungan dua hala yang kukuh akan meningkatkan lagi nilai signifikan terhadap dinamik…