Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Malique Kembali! Kolaborasi Dengan Yonnyboii Dalam Lagu ‘Tanya Tuhan’

today21 July 2025

Background

Selepas membuat kemunculan pada Februari lalu, kemunculan penyanyi rap yang terkenal dengan panggilan Mr General iaitu Malique Ibrahim kembali menyorot perhatian.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi, penulis lirik, komposer dan penerbit rakaman ini berkongsi projek terbaharunya bersama penyanyi rap, Yonnyboii menerusi lagu ‘Tanya Tuhan’.

Malah, hantaran tersebut juga turut dikongsikan Yonnyboii menerusi platform sama.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Def Jam Malaysia (@defjammsia)

Bagaimanapun, lagu tersebut akan mula diperdengarkan kepada umum bermula 18 Julai ini, pada jam 9 malam di semua platform digital termasuklah Youtube rasmi Yonnyboii.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dua figura muzik ini menyifatkan kolaborasi Malique dan Yonnyboii adalah paling ditunggu-tunggu.

Selain, gabungan kedua-duanya diklasifikasikan sebagai kolaborasi tidak masuk akal memandangkan Malique dan Yonnyboii mempunyai kelebihan dan kreativiti tersendiri.

Written by: Salma


Previous post

Bukan Sekadar Dalam Kuali, Lada Tempatan Kini Jadi Ikon Beauty & Wellness!

Viral

Bukan Sekadar Dalam Kuali, Lada Tempatan Kini Jadi Ikon Beauty & Wellness!

Kalau korang fikir lada itu cuma sekadar penambah rasa dalam masakan, korang silap besar. Dari dapur ke dunia kecantikan, dari meja makan ke produk aromaterapi, lada Malaysia kini muncul dengan imej yang jauh lebih segar, bergaya dan penuh potensi. Lada yang dimaksudkan bukan cili, tetapi merujuk kepada 'Piper Nigrum', yang pada suatu ketika pernah dikenali sebagai 'Emas

today21 July 2025