Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ada segelintir pengguna jalan raya di Malaysia yang tidak bertanggungjawab kerana licik ‘mengelak’ daripada dikenakan tindakan undang-undang setelah melakukan kesalahan lalu-lintas.
Bagi mengesan pesalah-pesalah trafik ini, polis di negeri Johor telah menggunakan empat buah kamera pintar yang dikenali sebagai ICOPS di empat lokasi berbeza.
“Empat kamera ICOPS yang kini digunakan di tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan dan Iskandar Puteri, manakala satu lagi kamera digunakan di lebuh raya.
“Penggunaan kamera ini dapat mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftaran palsu dan rekod jenayah kenderaan curi.
“Data kenderaan akan diperoleh melalui saringan nombor pendaftaran menerusi ICOPS yang kemudian dihubungkan dengan…