Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Man City Kelab Yang Betul Untuk Penuhi Impian Saya

today13 June 2022

Background
Erling Haaland




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Peledak berbisa, Erling Haaland secara rasminya baharu sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Manchester City selepas memeterai kontrak selama lima tahun dengan yuran perpindahan bernilai Β£51.2 juta.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, persetujuan telah dicapai untuk mendapatkan Haaland pada Mei lalu selepas kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 tersebut mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu.

Manchester boleh dikatakan dekat dengan dengan jiwa Haaland kerana bapanya, Alf-Inge Haaland merupakan bekas pemain Manchester City bermula musim 2000/01 hingga 2002/03.

Mengulas mengenai perpindahannya ke Manchester City, Haaland tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya untuk menyarung jersi The Cityzens.

β€œIni merupakan hari yang sangat membanggakan buat saya dan juga keluarga saya,” ujar Haaland menurut kenyataannya di laman sesawang Manchester City.

Kredit Foto:

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post