Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Man Raja Lawak Tuntut Baki Bayaran Tertunggak Dari Ogy Ahmad Daud

today11 September 2020

Background

Sudah berbulan-bulan menunggu dengan penuh kesabaran, pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak berharap penerbit, Ogy Ventures & Network milik pelakon Fauziah Ahmad Daud dapat melunaskan baki bayaran lakonannya yang masih tertunggak.

“Baki bayaran saya RM7,000 yang belum dilunaskan produksi berkenaan,  atau saya panggil, kak Ogy.

https://www.instagram.com/p/CE3XsRdF0Bw/

Menurut Man lagi, dia hanya mampu menunggu bayaran berkenaan dibuat kerana hutang tetap hutang yang perlu dilunaskan oleh pihak penerbit.

“Sudah empat kali sebenarnya penerbit mungkir janji untuk bayar. Tarikh baharu yang diberikan kini ialah 18 September. Jadi, saya akan tunggu dan harap betul-betullah duit itu ada.

“Saya faham, penerbit sekarang pun pasti berusaha gigih mengumpul wang untuk membuat pembayaran berkenaan. Tapi, kenalah sedia maklum saya pun ada komitmen juga,” katanya.

Terdahulu, pada 28 Februari dan 1 Mac lalu, Man terbabit dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

KORUPSI DEWAN SEMANDUNG (28 – 29 FEBRUARI) | Portal Rasmi Istana Budaya

Man menggantikan posisi Allahyarham Abam Bocey yang sepatutnya beraksi dalam teater itu. Bagaimanapun, hingga kini kemelut bayaran tertunggak kepada sebahagian pelakon dan kru produksi teater didakwa masih belum selesai.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *