Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura meluahkan rasa bahagia apabila berpeluang untuk bertemu rakan-rakannya setelah setelah sekian lama tidak keluar sejak tamat tempoh idah.
Menerusi temu bual bersama portal hiburan, Fazura menyatakan keterujaannya dapat menghadiri acara pelancaran koleksi baju raya bagi menghargai dan menyokong industri fesyen tempatan.
“Saya dah lama tak keluar semenjak habis idah. Tetapi saya sangat gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan sokong bisnes mereka,” katanya.
Namun, rutin kerjanya kini sedikit berbeza kerana anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, semakin manja dan enggan berpisah darinya.
“Tahun ini agak berbeza sedikit sebab Fatima ni mana-mana saya pergi dia akan ikut, tak kira kerja atau shooting. Dia tak kisah sampai lewat malam pun dia okay asalkan ada mummy dia .
“Alhamdulillah, yang penting dia (Fatima) sihat. Dia akan marah kalau saya tak bawa dia sekali. Kalau orang nak bergambar dengan saya pun dia marah sebab tak ajak dia sekali,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Fazura meluahkan rasa syukur apabila berpeluang untuk bertemu peminat-peminat yang tidak henti memberi tanda sokongan membeli tudung keluarannya sendiri.
“Aktiviti ramadan banyak, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT saya akan buat tour Ramadan seperti biasa yang saya dah buat selama bertahun-tahun sebelum ini.
“Saya happy dapat jumpa ramai orang di semua outlet Fazura di seluruh Malaysia. Saya busy dengan anak, kerjaya dan bisnes. Alhamdulillah,” katanya.
Sebagai info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, pada 27 November 2017. Namun, pasangan ini sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober 2024.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Mingguan Wanita