Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes berkata, pasukannya lebih mempunyai identiti sejak ketibaan jurulatih Ralf Rangnick.
Dipetik daripada Sky Sports, Rabu, Bruno berkata semua pemain mengikut arahan Rangnick dan kakitangannya kerana menganggap itu yang terbaik untuk pasukan.
Bruno Fernandes menegaskan bahawa beliau tidak pernah mendengar sesiapa mengeluh mengenai taktikal yang dicadangkan oleh Ralf Rangnick. Bruno Fernandes berharap bahawa para pemain akan terus kekal menyokong Rangnick.
“Kami perlu mengikut apa yang dirancang oleh pengurus dan kakitangannya kerana itu adalah cara terbaik untuk kami dan di kelab ini.”
“Saya tidak pernah mendengar sesiapa mengeluh tentang taktikal dan saya berharap tiada siapa yang akan berbuat demikian,” kata Fernandes. Kerana ianya perbuatan yang tidak menghormati idea jurulatih.”
“Ini kerana saya fikir kami telah…