Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Liverpool menjamu kunjungan Manchester United di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Ralf Rangnick kehilangan beberapa pemain utama termasuk Fred, McTominay yang cedera. Mereka juga tanpa Cristiano Ronaldo yang perlu bersama keluarganya selepas mereka meratapi pemergian bayi lelaki mereka.
Liverpool tidak menunggu lama. Mereka di hadapan seawal minit ke-5 menerusi Luis Diaz. Agak menarik kerana di Old Trafford sebelum ini, Liverpool juga mendahului pada minit ke-5 menerusi Naby Keita.
Diaz meneruskan prestasi cemerlangnya sejak menyertai Liverpool pada Januari lalu. Diaz malah hampir menambah gol pada minit ke-34, namun dia ofsaid.
Nothing but net for Luis Diaz 🥅 pic.twitter.com/jJLV1LBe3r
— GOAL (@goal) April 19, 2022
Pada minit ke-7, penyokong Liverpool dan Manchester United memberikan sorakan sokongan kepada Cristiano Ronaldo. Bukti bahawa bola sepak itu lebih…