
PETALING JAYA: Seramai 6,327 mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan kini ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 9 malam ini.
Di Terengganu, lapan daerah terjejas akibat banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu termasuk tiga daerah baharu mula dilanda banjir, sejak lewat petang tadi iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, memaklumkan seramai 3,334 individu daripada 931 keluarga ditempatkan di 71 PPS di seluruh Terengganu, dengan daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk tertinggi terjejas akibat banjir, lapor Bernama.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 9 malam ini, apabila…