Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di Perak meningkat, 1 lagi PPS dibuka

today3 November 2023

Background


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan sebuah PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar di Hulu Perak pada 11.30 malam tadi menjadikan lima PPS beroperasi setakat ini. (Gambar Facebook)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak terus meningkat pagi ini dengan 419 orang daripada 121 keluarga dipindahkan berbanding 379 orang daripada 107 keluarga, malam tadi, dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan sebuah PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar di Hulu Perak pada 11.30 malam tadi menjadikan lima PPS beroperasi setakat ini.

PPS tersebut menempatkan 40 orang daripada 14 keluarga yang terjejas dari Kampung Paya Kuak Luar, Kampung Bukit Serdang Air Panas, Kampung Kuak Tengah dan Kampung Raja Kayu.

Menurut sekretariat itu jumlah mangsa banjir di Hilir Perak masih kekal iaitu seramai 171 penduduk daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post