Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir kini lebih 100,000 orang di 9 negeri

today29 November 2024

Background


Keadaan banjir yang semakin memburuk turut meningkatkan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 106,505 orang.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir mencecah 72,360 orang yang ditempatkan di 261 PPS pada malam ini berbanding 65,993 orang petang tadi.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 23,680 orang di 58 PPS, diikuti Tumpat (12,888 mangsa, 26 PPS); Kota Bharu (10,095 mangsa, 42 PPS); Kuala Krai (5,606 mangsa, 41 PPS); Tanah Merah (4,727 mangsa, 27 PPS) dan Bachok (3,041 mangsa, 11 PPS).

Turut terkesan, Pasir Puteh dengan 7,333 mangsa di 31 PPS, Machang (4,580 mangsa, 21 PPS); Jeli (379 mangsa, tiga PPS) dan Gua Musang (31 mangsa, sebuah PPS).

Portal Jabatan Pengairan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post