Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Manis Berhijab Ketika Hadiri Acara Ilmu Anjuran Neelofa, Bella Astillah Tuai Pujian Peminat

today21 October 2022

Background

Pelakon, Bella Astillah menjadi perhatian apabila dilihat mengenakan hijab pada sebuah majlis ilmu, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Bella memuat naik foto yang memaparkan dia dan beberapa selebriti lain sedang bergambar.

Difahamkan majlis ilmu tersebut merupakan anjuran selebriti popular, Noor Neelofa sempena Maulidur Rasul.

“Thank you Neelofa dan Kasih Neelofa for having me. Syukur Alhamdulillah. Semoga Lofa dan keluarga sentiasa dirahmati-Nya dan dilimpahkan lagi rezeki InshaAllah,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Namun, perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila rata-rata wargamaya memuji kecantikan Bella apabila mengenakan jubah dan hijab serba putih.

Majlis ilmu yang itu juga turut dihadiri beberapa selebriti seperti Puteri Sarah Liyana, Kaka Azraff, Zulin Aziz, Sherry Ibrahim, Farah Nabilah, Mawar Rashid, Noniswara, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Sehingga kini, perkongsian Bella itu meraih lebih 23,000 tanda suka dan lebih 90 komen.

Tinjauan Hot FM di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terpegun dengan penampilan Bella malah ada juga mendoakan pelakon Aku Tanpa Cintamu itu diberikan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.

Written by: Aqilah


Previous post