Setiap hari dalam hidup kita adalah proses memperbaiki diri. Semua orang mahu menjadi lebih baik, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga dan masyarakat. Begitu juga dengan 5 selebriti wanita ini yang terbuka hati untuk berhijrah dan memakai hijab sepenuhnya.
Ini senarai 5 selebriti wanita yang berhijrah setakat Julai 2020 :
Ernie Zakri

“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggal sebumbung. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan mahu bertudung.”- Ernie Zakri
Kila Fairy
“Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa”- Kila Fairy
Tya Ariffin
“Daripada hanya mahu mencuba dulu, tidak sangka pula saya terus mahu mengekalkan penampilan ini. Doakan saya terus istiqomah ya.”- Tya Ariffin
Cik Manggis
“Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri. Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa. Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri,”- Cik Manggis
Zila Bakarin
“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.” – Zila Bakarin
Bukan sahaja manis, malah mereka juga pandai memilih fesyen yang kena dengan diri mereka. Cantik sangat!
Alhamdulilah, semoga mereka terus istiqomah. Mari doakan yang baik-baik buat mereka.




Post comments (0)