Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Masalah brek lori punca 8 kenderaan bertembung di Puchong

today4 August 2022

Background



Keadaan di lokasi kemalangan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil dekat Puchong semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemandu lori yang menyebabkan pelanggaran lapan kenderaan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil dekat Puchong semalam ditahan.

Kemalangan kira-kira 2 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Aizuddin Ab Wahab berkata, ketika kejadian, seorang lelaki berusia 34 tahun memandu lori muatan kerikil itu dari arah Bukit Jalil menghala Puchong.

β€œSiasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada masalah brek lori berkenaan.

β€œPemandu yang terbabit dalam kejadian itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai 13 rekod saman trafik yang sudah dijelaskan.

Katanya, keputusan ujian alkohol adalah negatif dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post