Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari terpaksa dilepaskan dari Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya.
Menurut kenyataan rasmi, pemain itu tidak dapat meneruskan perjuangan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, 8 hingga 14 Jun ini kerana masalah kesihatan.
“Keputusan ini terpaksa dibuat selepas Syahmi yang dibawa ke hospital untuk ujian perubatan, pagi tadi kerana masalah sinus dialaminya semakin teruk telah mendapat nasihat daripada doktor pakar untuk beliau menjalani rawatan susulan dalam kadar segera.
“Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Syahmi daripada kem latihan pusat kali ini supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,” kata…