Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Masdo Kongsi Kisah ‘Seram’ Disebalik Lagu Kasih Dan Sayang

today22 October 2019

Background

Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis lirik mahupun penyanyi untuk sesebuah lagu itu sendiri, pasti ada cerita atau kisah yang ingin dikongsikan dan diluahkan menerusi penulisan tersebut.

Terbaharu, melalui temubual kumpulan Masdo bersama dengan penyampai radio Hot FM Deen, salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Ali mendedahkan cerita disebalik lagu yang bakal dikeluarkan bulan depan.

Lagu yang bertajuk Kasih Dan Sayang itu diilhamkan daripada kisah warga asing yang berbuat baik terhadap gelandangan negara kita. Jom kita dengar kisahnya:

https://www.instagram.com/p/B34HuDwislb/

Perkara tersebut sedikit sebanyak telah membuka mata Ali sekaligus mendapat ilham untuk mencipta kelainan pada buah tangan terbaharu mereka.

Masdo ditubuhkan awal tahun 2015 dan dianggotai oleh Azham Ahmad (drummer), PutuCeri (bass), Mawi (gitar) dan AliSariah (vokal/gitar).

Sebelum ini, Masdo lebih dikenali dengan nama The Lipstik. Tetapi selepas rombakan ahli kumpulan, AliSariah sebagai ahli utama dalam band The Lipstik telah membuat keputusan untuk menukarkan nama mereka.

Masdo adalah sebuah kumpulan yang memainkan musik Pop berasaskan muzik 60’an dan digubah mengikut citarasa masa kini.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Geng Pagi Hot

Cik B tak suka shopping dengan Dato’ Seri Vida

Wahh Geng Pagi Hot berkesempatan interview dengan Cik B tauu. Macam macam la Cik B ni share! Cik B bagitahu yang dia tak suka teman Dato' Seri Vida shopping sebab lama sangat sampai dia tak sempat nak beli barang dia sebab kedai tutup! Hahahaha kelakar lah Cik B ni! Bukan tu je guys, Cik B bagitahu jugak yang senang je kalau nak pujuk Dato' Seri Vida ni....Cik B peluk je […]

today22 October 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *