Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Masih Aktif Sebagai Pengacara, Irma Hasmie Tak Menghilang Dari Dunia Seni

today6 August 2024

Background
irma hasmie hot

Selebriti, Irma Hasmie masih bergiat aktif sebagai seorang pengacara, namun memilih untuk tidak muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon demi memikirkan masa bersama anak-anaknya.

Ketika ditemui XTRA, Irma menyedari ramai pihak yang ternanti-nanti untuk dirinya kembali berlakon serta tidak menafikan dia ada mendapat banyak tawaran.

“Tawaran berlakon sentiasa datang. Tetapi keutamaan saya adalah anak-anak. Saya tidak mahu terlepas detik-detik bersama mereka.

“Saya juga tiada pembantu dan setiap hari ada jadual uruskan anak.

“Rasanya sekarang ini jadual berlakon pun tidak menentu. Kalau mula pukul 8 lagi tak tahu lagi berapa lama akan selesai.

“Jadi susah untuk saya yang uruskan anak-anak sendiri,” katanya.

Irma Hasmie

Irma berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran program BeCalm Cookies X Sembang Mak Mak Suria FM yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Meskipun begitu, Irma yang pernah meledak menerusi filem Cinta Fotokopi ini tidak meninggalkan dunia seni dan kini terus aktif sebagai pengacara.

“Saya masih lagi aktif sebagai pengacara. Banyak program untuk saluran TV atas talian. Ada juga sesekali terlibat dengan program televisyen.

“Cuma untuk berlakon itu rasanya tidak. Saya masih ada pilihan lain dalam kerjaya,” jelasnya.

Sebelum ini, Irma Hasmie enggan terlalu mencanang perihal peribadi dan lebih memilih untuk mengutamakan ketenangan diri sendiri dan keluarganya.

Mahu berdamai dengan takdir, Irma membuat keputusan tersebut bagi mengelak orang ramai terus membuat spekulasi yang tidak benar mengenai rumah tangganya sebelum ini.

Dalam pada itu, Irma bersyukur kedua-dua anak yang kini bawah jagaannnya iaitu iaitu Syed Irfha,11, dan Irma Nur Naylie,10, kini berada dalam keadaan baik.

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Benda Dah Berlaku, Saya Pun Tak Dapat Kawal Dia” – Kisah Cerai Didedahkan Sahabat Sendiri, Irma Hasmie Mahu Berdamai Dengan Takdir

Artikel Berkaitan: “Tiada Unsur Orang Ketiga, Keputusan Untuk Kahwin Adalah Selepas Bercerai” – Bekas Suami Irma Hasmie

Written by: Aqilah


Previous post