
PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik mungkin membuat kemunculan semula menerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang diaktifkan semula oleh kerajaan perpaduan.
Spekulasi timbul menyusuli catatan Facebook Maszlee semalam bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memintanya bersiap sedia kerana “cuti sabatikalnya akan tamat tidak lama lagi” selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Jumaat lalu.
Sebulan lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah mengumumkan bahawa MPPK akan diaktifkan semula.
Seorang Ahli Parlimen kanan dari Pakatan Harapan yang enggan dinamakan berkata, Maszlee adalah calon terbaik untuk jawatan terbabit kerana pernah menjadi ahli akademik sebelum dilantik sebagai menteri pendidikan ketika PH berkuasa pada 2018.
“Kami akan gembira kerana beliau pilihan tepat dan amat berminat dengan…