Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Matahari Ada, Tapi Redup” Remy Ishak Kongsi Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Dari Ustaz Don Daniyal

today21 May 2020

Background

Ketika ramai umat Islam berpusu-pusu memperbanyakkan amalan sepanjang 10 Malam Lailatul Qadar, pelakon Remy Ishak tampil dengan inisiatif penambahan ilmu yang luar biasa.

Menerusi laman Instagram milik pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur Kasih itu, Remy telah memuat naik sebuah video di mana dia berinteraksi bersama Ustaz Don Daniyal.

Video berkenaan sangat menarik kerana ia membincangkan topik-topik seperti amalan-amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul Qadar, Gambaran Pahala Bersedekah Ketika Malam Lailatul Qadar dan banyak lagi.

Antara yang menarik perhatian ialah apabila Remy bertanya kepada Ustaz Don apakah tanda-tanda malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar?

“Matahari Ada, Tapi Redup,” Ujar Ustaz Don

https://www.instagram.com/p/CAYE5aAnmGz/

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *