Diam-diam ubi berisi. Itulah yang boleh diperkatakan buat pelakon, Maya Karin yang menyusun langkah bergaya di arena perfileman di Hollywood apabila bakal menjayakan satu babak penting dalam sebuah filem antarabangsa berjudul Alone.
Alone membariskan pelakon ternama seperti Donald Sutherland dan Tyler Posey.
“Apabila eksekutif Hollywood Innovation Group (HIG) menyuarakan hasrat meminta saya menyertai pasukan produksi mereka di Los Angeles, saya rasa bertuah kerana dipilih tanpa perlu menjalani uji bakat.
“Walaupun sebabak, berada dalam suasana baharu, dikelilingi kru profesional dan dapat bertukar idea dengan ramai karyawan di sini termasuk pengarah Alone, menyemarakkan semangat.
“Kepercayaan mereka dianggap permulaan baik untuk saya terus mencari ruang di Hollywood. Apatah lagi, sepanjang minggu ini saya turut dipertemukan dengan beberapa produser dan pengarah lain,” kata Maya.
Dalam filem Alone, Maya dipertanggungjawab membawa watak saintis Malaysia bernama Dr Zulaikha.
Post comments (0)