
SEREMBAN: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah, petang tadi.
Ketua Polis Kuala Pilah, Amran Mohd Gani, berkata pihaknya menerima maklumat pada 4.35 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning.
“Kita percaya bayi perempuan tersebut baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini.
“Kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan atau menghubungi hotline IPD Kuala Pilah di talian 06…