
PETALING JAYA: Polis mengesahkan mayat dikerat sebelum anggota badan disumbat dalam bagasi yang ditemui di Kilometer 447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), kelmarin adalah lelaki warga asing.
Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan seorang saksi pada 4.30 petang semalam, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.
“Setakat ini hanya seorang saksi sudah dirakam percakapan berkaitan kes ini.
“Bedah siasat ke atas mayat sudah dilakukan di Hospital Sungai Buloh (HSB) hari ini dan mendapati punca kematiannya disebabkan pelbagai kecederaan akibat senjata tajam,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti identiti sebenar mangsa.
Terdahulu media melaporkan, penemuan mayat dikerat enam…