Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat lelaki tertiarap ditemukan di jalan raya

today27 June 2023

Background


Mangsa berumur 39 tahun dijumpai dengan kesan luka di muka dan badan.

Mayat lelaki ditemui di Jalan Toman 8, Seremban, berhampiran sebuah hospital swasta. (Gambar media sosial)

PETALING JAYA: Mayat lelaki ditemui dengan kesan luka pada beberapa bahagian badan di Jalan Toman 8, Seremban berhampiran sebuah hospital swasta.

Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe, berkata, kira-kira 11:45 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam menyatakan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berumur 39 tahun dijumpai tertiarap di jalan raya dalam keadaan tidak bernyawa.

“Pemeriksaan awal pada anggota badan mangsa terdapat kesan kecederaan pada muka dan badan.

“Pemeriksaan pada pakaian mangsa mendapati barang peribadi masih berada dalam milikan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Arifai berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post