Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat mangsa selesai dibawa keluar dari lokasi nahas

today17 August 2023

Background


Pasukan penyelamat membawa keluar mayat mangsa dari lokasi nahas untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

SHAH ALAM: Semua mayat mangsa nahas pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran Bandar Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Hussein berkata proses membawa keluar mayat termasuk anggota badan dan cebisan tubuh mangsa selesai kira-kira 10.30 malam tadi, dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan pengecaman.

“Polis dengan bantuan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan agensi terlibat membawa keluar 10 mayat dan lima bungkusan cebisan anggota badan.

“Semua mayat akan dibawa ke HTAR untuk proses bedah siasat termasuk pengecaman,” katanya dalam sidang media.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, 10 terkorban selepas pesawat jenis Beechcraft Model 390 terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Antara yang terkorban…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post