Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat wanita reput ditemui di Ipoh, punca kematian akibat dicekik

today12 October 2022

Background



Mayat wanita yang ditemui dalam keadaan reput dekat persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun, Ipoh hari ini. (Gambar Bernama)

IPOH: Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemui dalam keadaan reput dekat persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun di sini mendapati mangsa mati akibat dicekik.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut, siasatan identiti mangsa dipercayai seorang wanita tempatan berumur 23 tahun, berdasarkan lambang tatu di lengan dan jari tangan.

“Telefon bimbit yang dijumpai di tempat kejadian juga disahkan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu berhubung dengan pegawai penyiasat kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Chua Sze Yuan di talian 012-6195312…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post