Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Melly Goeslaw Didakwa Curang Dengan Polis?

today17 November 2023

Background

Tiada angin tiada ribut, penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw menjadi buah mulut ramai di media sosial selepas timbul dakwaan mengatakan menjadi punca keretakan rumah tangga individu.

Menerusi paparan berita Indonesia, individu yang menggunakan akaun Instagram @pasca.masna memuat naik beberapa video ‘surat cinta untuk Melly Goeslaw’ yang mendedahkan hubungan sulit Melly bersama bekas suaminya.

Wanita yang dikenali sebagai Masnawati Masud ini mendakwa Melly menjadi pemusnah rumah tangganya serta curang dengan suaminya yang merupakan seorang polis sehingga isteri kakitangan kerajaan tersebut diceraikan.

“Saya Masnawati Masud. Saya membuat video ini karena saya sulit menghubungi saudari Melly Goeslaw. Segala upaya saya sudah temput.

“Semoga saudari Melly Goeslaw melihat pesan saya ini, agar beliau berkenan bertemu dengan saya perihal urusan kita yang belum selesai. Terima kasih,” kata Masna yang dikatakan mangsa Melly dan bekas suami.

Melly Goeslaw

Malah, Masnawati juga mendakwa isteri kapada Anto Hoed itu menjalin hubungan dengan bekas suaminya pada 15 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Masnawati juga yakin bahawa pelantun lagu popular Gantung ini meruapakan wanita yang meruntuhkan rumah tangganya dan punca dia berpisah dengan anak-anak, meskipun tidak pernah ‘menangkap’ hubungan sulit berkenaan.

Namun begitu, tindakan Masnawati yang mendedahkan perkara belum sahih terjadi pada 15 tahun lalu itu dikritik hebat oleh netizen kerana disyaki sengaja mahu mencari publisiti murahan.

Ada juga segelintir netizen menganggap Masnawati tidak perlu membuka isu lama yang dikatakan sudah ‘basi’ serta tidak sahih kerana tiada mempunyai sebarang bukti Melly menjalin hubungan bersama bekas suaminya pada.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihak Melly berhubung dakwaan berat dilemparkan kepadanya.

Artikel Berkaitan: Hilang Lebih 20 Kilogram Selepas Jalani Bariatrik, Melly Goeslaw Hanya Makan Nasi Satu Senduk – β€œSaya Lebih Sihat Sekarang”

Sumber: Instagram @pasca.masna, Gempak

Written by: Aqilah


Previous post