Dalam pada misi pencarian mangsa, seorang anggota berkongsi detik yang agak ‘menyeramkan’ semasa misi tersebut.
Menerusi sumber, Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berkongsi detik anggota bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa insiden dan keadaan di bawahnya.
“Masa turun ke bawah lubang… memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya.
“Kami terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa,” katanya.
Tambah beliau, hujan turut menjadikan sitiuasi berisiko terhadap pasukan penyelamat dalam operasi itu.
“Di lubang itu ada saliran kumbahan dan saliran lain, memang dalam (lubang) itu… Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita semua.
“Kami telah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan, sebelum membuat…