Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mengaku ‘High Maintenance’, Fatin Afeefa Tak Perlukan Lelaki Untuk Menjaganya

today30 July 2020

Background

Pelakon, model dan penyanyi wanita yang sering dikaitkan dengan kontroversi, iaitu Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia tidak berminat untuk kembali berumah tangga, buat masa ini.

Kata Afeefa, dia gembira dengan kehidupan solo sekarang kerana dia dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya dan anaknya.

“Buat masa ini, saya tak berminat mahu mendirikan rumah tangga.”

“Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga.”

Dia juga mengatakan sekiranya dia berkahwin lagi, dia perlu menjaga keperluan suami. Merasakan itu sesuatu yang bukan yang dia mahu, Afeefa lebih bahagia hidup bersendirian.

“Sekiranya berkahwin semula, saya kena fikir soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi, buat masa ini, saya gembira hidup sendiri.”

Menyifatkan dirinya tidak perlukan lelaki, Afeefa juga berkata dia tidak akan berkahwin untuk memuaskan hati orang.

“Jika bahagia tidak mengapa. Kalau merana, saya juga yang tanggung nanti.”

Pernah terpalit dengan kontroversi merampas suami orang, Afeefa berkata kehidupannya kini sudah lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

 

Sumber dari Berita Harian.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *