

Umno menggesa peguam negara menjelaskan tentang bila persoalan tafsiran berkaitan tahanan di rumah terhadap Najib Razak dikenal pasti, dan bagaimana ia ditangani, memandangkan peguam negara mempunyai peranan dalam proses lembaga pengampunan.
Ketua Penerangan Azalina Othman Said juga berkata wajar dijelaskan mengapa isu tafsiran dibangkitkan selepas bayaran direkodkan dan perintah mahkamah dikeluarkan.
“Umno menghormati kedudukan peguam negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan. Umno menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan dengan segara asas undang-undang bagi penangguhan pelaksanaan tahanan di rumah,” menurut kenyataan.
Azalina berkata Umno memandang serius persoalan yang dibangkitkan oleh peguam Najib, dan menambah bayaran denda RM50 juta telah direkodkan, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan…