
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu menteri Kabinetnya yang menjadi alumni Universiti Malaysia (UM) menyumbang RM10,000 kepada Tabung UM Endowment Fund (UMEF) untuk tujuan pembangunan masa depan universiti berkenaan.
Selain Anwar, antara menteri pernah melanjutkan pengajian ke universiti itu adalah Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Khaled Nordin dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Anwar turut mencadangkan alumni UM yang berpendapatan RM10,000 sebulan ke atas menyumbang sekurang-kurangnya RM1,000 kepada tabung berkenaan.
“Bermula dengan ahli Jemaah Menteri alumni, kita akan memulakan dana wajib sebanyak RM10,000 seorang dan saya percaya setiap graduan…