Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syukur Bunga Disayangi Ramai, Elisya Sandha Tak Ada Masalah Tunjuk Wajah Anak

today23 September 2022

Background

Pelakon Elisya Sandha bersyukur kerana puteri sulungnya, Bunga Elhaq disayangi ramai termasuklah ahli keluarga dan ibu mertuanya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly.

Elisya, 24, berkata, Bunga kini dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Sheila terutamanya apabila beliau dan suami keluar bekerja.

Bahkan, Sheila sanggup untuk tidak pergi ke set penggambaran semata-mata mahu menjaga cucu kesayangannya itu.

“Bunga dan mama Sheila sangat rapat sampaikan mama tak nak pergi set penggambaran sebab nak jaga Bunga di rumah. Lagipun, Bunga tak banyak meragam apabila saya keluar bekerja.

“Walau bagaimanapun, Bunga sangat mengenali ibunya manakala hubungan Bunga dengan ibu mentua pula seperti cucu dengan nenek,” katanya kepada XTRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

 

Tiada masalah tayang wajah anak

 

Sementara itu, Elisya memaklumkan dia dan suami tidak mempunyai masalah untuk menunjukkan wajah puteri sulungnya itu kepada umum, kerana percaya ramai orang di luar sana akan mendoakan yang baik-baik buat Bunga.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit, Elisya bagaimanapun berpendapat bahawa, ia terpulang kepada penerimaan individu masing-masing.

“Masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je. Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana yang menghadapi hari sukar tetapi bila tengok gambar-gambar Bunga jadi happy, senang, dan sekurang-kurangnya buat mereka tersenyum.

“Apapun, saya percaya mereka yang melihat Bunga akan mendoakan yang baik-baik,” jelasnya.

 

Walaupun, sudah tiga bulan melahirkan dan melalui proses berpantang, pelakon drama Misteri Nona ini mengakui beliau sudah kembali bekerja dan tidak gemar untuk duduk di rumah sahaja.

Namun, jika terdapat sebarang tawaran yang memerlukannya untuk bekerja di luar kawasan, Elisya terpaksa menolak kerana Bunga masih menyusu badan.

Untuk rekod, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia tiga bulan.

Written by: Aqilah


Previous post