Orang tepat perlu diletakkan di tempat yang tepat, menurut menteri kewangan dan menteri kerja raya negeri.

PETALING JAYA: Seorang menteri Sabah memberikan bayangan bahawa mungkin terdapat rombakan dalam jabatan air negeri itu untuk menyelesaikan isu kekurangan air.
Menteri Kewangan negeri Masidi Manjun berkata, beliau dan Menteri Kerja Raya negeri Shahelmy Yahya percaya, ini soal mencari individu yang sesuai memegang jawatan bagi menyelesaikan isu itu.
“Kami berdua rasa wujud keperluan mendesak untuk meletakkan orang tepat di tempat yang tepat pada semua peringkat di Jabatan Air untuk pengurusan dan pengagihan bekalan air kepada pengguna yang lebih baik,” katanya, menurut The Star.
Tambah laporan itu, Shahelmy bersetuju bahawa pegawai jabatan perlu lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah air di Sabah.
Shahelmy juga berkata, kementeriannya…