Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, memang terdapat hadith yang menceritakan berkaitan doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada isterinya iaitu Aisyah RA apabila bertemu malam yang mulia ini.
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]
Imam al-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulama’ Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada…