Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Menyesal Buat Hidung Di Vietnam, Zarina Anjoulie Alami Jangkitan Hingga Bernanah

today5 March 2025

Background

Pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal selepas menjalani pembedahan plastik di Vietnam tahun lalu, yang akhirnya membawa komplikasi serius.

Menurut Zarina, atau lebih mesra disapa Anju, hidungnya mengalami jangkitan teruk sehingga bernanah akibat prosedur yang tidak dilakukan dalam keadaan bersih.

“Hidung saya sakit sampai demam dan badan pun rasa lemah. Saya sangat menyesal buat pembedahan ini dan tak mahu ulang lagi. Saya ambil keputusan untuk buang silikon itu,” katanya.

Dia turut mendedahkan bahawa jangkitan tersebut berlaku kerana klinik di Vietnam yang dikunjunginya menggunakan silikon terpakai.

“Jangkitan ini sebenarnya dah ada sejak saya balik dari Vietnam. Ia dipanggil ‘silent infection’ sebab luaran nampak normal, tapi bahagian dalam sangat sakit.

“Klinik itu pula tidak bersih langsung. Bila saya buka tadi, baru saya tahu silikon yang digunakan itu sebenarnya sudah pernah dipakai oleh orang lain.

“Mereka hanya cuci silikon itu sebelum memasangnya pada saya,” jelasnya.

Selepas menyedari keadaan semakin membimbangkan, Zarina segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di ibu kota.

“Saya tak mahu tunggu lama untuk rawatan di hospital, jadi saya pilih buat di klinik ini saja.

“Doktor yang saya percayai pun tidak melakukan pembedahan penuh, cuma mengeluarkan silikon itu seperti yang saya mahukan.

“Sekarang, kemerahan pada hidung saya dah hilang, dan jahitannya pun sangat kemas,” ujarnya.

@zarinaanjoulie_

♬ original sound – zarinaanjoulie_ – zarinaanjoulie_

Terdahulu, Zarina menjadi perhatian netizen selepas berkongsi perubahan wajahnya sebelum dan selepas pembedahan plastik yang dipercayai dilakukan di Vietnam.

Written by: Salma