Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Mereka Hormati Saya” – Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama

today29 July 2022

Background

Desas desus yang mendakwa bekas pelakon Sarah Hildebrand dikatakan telah menyertai pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kini sudah terjawab.

Menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Sarah telah berjaya menamatkan kursus ketenteraan, sekaligus telah menyertai unit ketenteraan secara rasmi.

Dalam pada itu, ada antara pengikutnya yang bertanya sekiranya dia masih mengamalkan ajaran agama Islam dan sama ada dia ada berdepan sebarang diskriminasi budaya ataupun agama ketika berada di kem tentera.

Aktres Pujaan Hati Kanda itu menjawab persoalan tersebut dengan berkata pihak dan anggota ketenteraan udara AS sangat menghormati status agamanya bahkan dia tidak pernah berdepan dengan diskriminasi.

“Sudah tentu! Di atas fail saya juga tertera bahawa saya seorang Muslim. Malah mereka menghormati saya dan mengambil serius tentang perkara itu,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Menerusi hantaran lain, Sarah turut disoal mengenai tujuan menyertai Tentera Udara AS.

Menurut Sarah, segalanya bermula disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Sebab pandemik COVID-19. Perintah berkurung di Malaysia (Perintah Kawalan Pergerakan) sangat teruk,” jawabnya.

Pada masa itu, Sarah juga mengulas faktor usia tidak menghalangnya untuk menyertai unit ketenteraan pada umur 32 serta menganggap kehidupan sebenarnya baru sahaja bermula.

“Saya tidak rasa tua langsung. Kehidpan saya baru sahaja bermula,” katanya yang juga percaya keputusan yang dibuat itu telah diatur oleh Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Bersara Dari Dunia Hiburan & Berhijrah Ke Luar Negara, Sarah Hildebrand Kini Sertai Tentera US?

Written by: Aqilah


Previous post