
TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret bahawa mesej WhatsApp antara pengadu dan pendakwah bebas itu yang telah dipadam, tidak dapat diperoleh semula.
Ketua Divisyen, Perkhidmatan Teknologi Responsif CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib, 45, selaku saksi ke-15 mengakui melakukan analisis terhadap dua kad sim milik pengadu dan satu milik Ebit menggunakan perisian khas.
“Saya maksudkan tidak dapat peroleh mesej yang dipadam merujuk kepada semua nombor… Sekiranya mesej WhatsApp dipadam, ia tidak dapat dikesan semula kerana kekangan teknologi yang ada pada masa kini,” katanya dalam kenyataan bertulis bagi menjawab pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni…