Pelakon cilik yang semakin meningkat remaja, Mia Sara Nasuha, 15, meluahkan rasa hati ingin berhenti dari bidang lakonan.
Perkara itu didedahkan menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu, 29 Januari lalu selain mengakui sudah penat dengan industri hiburan tempatan.
https://www.instagram.com/p/B74asQjpmCl/
Kata pelakon drama Adamaya itu lagi, dia kini merancang untuk fokus hanya kepada saluran Youtube sahaja.
Lantas, Mia yang bertanya pendapat kepada pengikutnya adakah wajar dia berhenti berlakon lalu menerima pelbagai respon serta maklum balas di ruangan komen.
Peralihan usia membawa Mia sebagai antara nama yang dilihat mampu menjadi pelapis dalam industri drama dan perfileman tempatan.
Namun, hal ini mengejutkan ramai pihak apabila dia dikatakan mahu mengundur diri daripada industri hiburan tanah air.
Antara fakta menarik Mia, dia memulakan karier seninya seawal usia setahun dan telah mengambil keputusan mengenakan hijab selepas kembali daripada mengerjakan Umrah pada tahun 2015.
Sehingga kini, laman sosial Instagramnya sudah mencatatkan lebih 2.1 juta pengikut.
Post comments (0)