Pengarah terkenal Michael Ang yang mengesahkan memeluk Islam baru baru ini, memberitahu dia merahsiakan berita itu selama setahun kerana ia adalah antaranya dengan Allah, dan enggan menghebohkannya.
“Tahu lah kan mulut netizen kan.”
https://www.instagram.com/p/BxQzy_dnhwo/?utm_source=ig_web_copy_link
Sewaktu membuat pendedahan buat kali pertama seumpamanya di stesen radio Hot FM, Michael memberitahu, keluarganya lah yang paling memberi sokongan dan menerima berita penghijrahannya dengan hati terbuka.
“Keluarga I keluarga majmuk, so it is not a big deal untuk keluarga I.”
Namun, Michael berkata, abangnya Daniel paling mengejutkannya apabila dia mengumumkan berita itu.
“Brother I yang nama Daniel cakap, sebenarnya, I pun percaya, Allah lah yang sebenarnya.”
https://www.instagram.com/p/BxRDzx_j5zd/?utm_source=ig_web_copy_link
Apabila ditanya Geng Pagi Hot mengenai nama islamnya,
Ini jawapan Michael:
https://www.instagram.com/p/BxRFkA9H8Et/?utm_source=ig_web_copy_link
“I remain nama I, sebab itulah pemberian parents I, I need to respect that.”
Post comments (0)